MIGRAIN

ASSALAMUALAIKUM.

 korang buat apa petang-petang macamni?
dah balik kerja?
Rose balik lambat harini..
hmmm..
BALIK LAMBAT OKAY..

MIGRAIN..
HMMM
MIGRAIN..
HMMM

dah ape kena dengan Rose ni..
Actually, Rose tengah migrain teruk ni..
Rasa macam nak kedalam dah mata Rose..
sebab dari pagi start pukul 9 sampai pukul 5petang ni..
kerja Rose menghadap komputer.. key-in transaction..
audit segala bagai.. 
hmmm.. so hasil daripada tu..
Terjadilah satu fenomena yang dah lama Rose takkena teruk macamni iaitu MIGRAIN...

hmmmm...
Namun Rose disini bukanlah nak mengadu domba..
Rose cuma pelik since when Rose kena migrain ni?
hmm.. dari membebel kan.. better kita kongsi fakta pasal migrain okayy.. 
berguna sikit..

MIGRAIN

-eee gambor dieee-

Apakah MIGRAIN?
- MIGRAIN ialah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah 
             yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian sarafyang melilit arteri besar otak.
   Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. 
   Pembesaran arteri memnyebabkan penambahan kepada kesakitan itu.

   Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem saraf simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah
   sebahagian daripada sistem saraf yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan.
   Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik akan menyebabkan loya, muntah, cirit-birit,
   dan sebagainya.

Apakah petanda MIGRAIN?
- MIGRAIN digambarkan dengan denyut sengit yang berkumpul disatu bahagian, biasanya di dahi,
  sekitar mata, atau bahagian belakang kepala.
- Biasanya satu sisi kepala walaupun ada kalanya kedua-dua sisi kepala diserang migrain.
- Sakit pada satu sisi kepala biasanya menukar sisi serangan, jika kerap berlaku ditempat yang sama,
  anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor untuk pertimbangkan sakit lain
  seperti tumor otak.
- Petanda biasa seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, muka pucat, tangan sejuk, kaki sejuk, 
  dan penambahan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.
- Sakit mungkin akan  berlaku antar 4 hingga 72 jam.. (cuba bayangkan Rose harung selama tu)
-PETANDA AMARAN termasuk mengantuk, cepat marah, keletihan, kemurungan, keinginan benda
 manis atau masin. (amboii macam orang pregnant)

Jenis-jenis MIGRAIN :
1. Exertoin Migrain - sering menyerang ketika seseorang aktif melakukan aktiviti
2. Retinal Migrain - menyebabkan penderitanya untuk sementara kehilangan penglihatan.
                              hilangnya penglihatan boleh terjadi sebelum ianya menyerang.
3. Hemiplegic MIgrain - memiliki gejala yang agak menakutkan. Seseorang yang menderita hemiplegic 
                                     migrain akan mengalami kelumpuhan sementara di sisi tubuh.
Dan lain-lain.

Apa yang perlu dilakukan oleh penghidap MIGRAIN :
a. Tidur yang mencukupi
b. Bersenam
c. Makan sekerap yang boleh
d. Kurangkan tekanan.

FUHHHH!!
Selesai sudah Rose berceloteh pasal migrain..
Agak nerd disitu ye..
Apa-apa pon korang yang takde migrain sila jangan gatal2 nak merasa ada migrain..
sangat menyiksakan okay..
sangat sakit..
hmmm..
okaylahh.. Bye korang.. :) 


BERIA DAN MUSNAH.

ASSALAMUALAIKUM,
selamat jam 12:36 AM sekalian anda :)
HEHE!
Rose takboleh tidur ni, padahal early morning Rose ada meeting dengan boss.
Biasa lahh, boss mesti la nak tengok perkembangan semasa tugasan pekerja dia kan.
Alhamdulillah, Rose dah siapkan 2 audit account and 1 financial account,
just tinggal satu je yang Rose baru dapat document tadi.

EHEM!!
actually, Rose bukannya nak cakap pasal bidang kerja tu..
pasal meeting semua benda alah tu..
okay, we start here..

BERIA??!!!
MUSNAH??!!!
HAPE MENDE TU NYAHHH~~
kenapa entry kau macamtu Rose~~

AHAH!! ada sebab okay..
sebenarnya yang beria dan musnah ni semua nya conclude untuk show off loving couple.
Rose tak mengumpat ye disini harap maklum..
Rose cuma nak meluahkan rasa kurang senang Rose terhadap segelintir anak muda
yang baya-baya Rose or tua sikit or muda sikit dari Rose mengenai...
terujanya mereka apabila bercinta.

Bukannya apa kawan-kawan..
Kita masih muda, Rose takmalu and taksegan kata kalau Rose bercinta pun,
Rose akan sayang cinta Rose tu..
Tapi u'ols.. Rose rasa takperlu kot sampai nak show off dekat..
TWITTER, FACEBOOK, ASK.FM, INSTAGRAM and so whatever tulah..
pendek kata, semua tempat diorang nak bercanda gurau mesra..

Haihhh..Ingatlah cik adik cik abang.. 
Kita ni baru masuk alam percintaan..
Alam percintaan tu pun belum kukuh lagi..
Dah beria nak "baby sayang sayang sampai bila2, like i'm dying if you won't be here"

Daaaaa~~~!!
u'ols! can't you see it?
even married people pon tak macamtu, inikan kita...
suara sumbang 1 : "eh kau jeles lah tu aku ada bf kau takde bf."
suara sumbang 2 : "suka hati akulah, privacy aku,hidup aku, kau nak kecoh pulak apehal?"
suara sumbang 3 : "kau taklaku kau duduk situ diam2 lah wehh.."

EH HELLO~~~!!!
tu suara sumbang tiga tiga tu..
SILA DENGAR!! BACA!!
aku tak jeles kalau kau ada "bf" , aku takkecoh pon pasal kau, aku bukan taklaku,
tapi cinta aku takmurah macam cinta kau! senang2 nak bagi dekat orang..!
huhhhhh~~ Rose menyinga sekejap..

Okay kita sambung..
tadi macam ada menyentuh tentang PRIVACY kan?
Then if you said that is your privacy.. kenapa pulak mesti kamu update sana sini...
ohh sayang baby sayang sayang, baby boleh mati kalau sayang takde,
you know me so well sayang.. daaaa!!!
Serasa Rose lah kan.. sekarang ni banyak apps apps yang membabitkan komunikasi ni kan?
such as : BBM, WHATSAPP, WECHAT,VIBER, LINE, and so whatever lahh..
ada kan? then what's wrong with you guys?

nak bercengkerama sayang baby pon please in the right place..
twitter and facebook isn't a right place for you and your love.
tak ke korang rasa akan ramai manusia yang berkata,
"batak ke kau ni tak pernah bercinta ke?"
So please,right now Rose rasa macam nak karang satu buku dimana bertajuk :
"THE PRIVACY OF LOVE"

okay.. tu satu dah selesai bab BERIA
now kita proceed bab
MUSNAH

hey walley walley hey walley heyy heyy~~
haaa..
ape yang musnah ni Rose?
kenapa musnah?
bukanke pasangan tu hangat bercinta sekarang?

okay korang..
please before judge kenapa Rose taksuka hamba allah yang baru sebulan dua bercinta,
beria-ria bercengkerama kat twitter and facebook.
Actually niat Rose buat macamtu taktaulah dikira baik or iri hati..
Rose cuma taknak tengok korang semua kecewa kemudian hari..

Bukan apa..
Sebelum bertindak tu.. mohon berfikir sejenak..
Aku baru sebulan bercinta dengan dia, takkan nak show off kat twitter..
buatnya masuk bulan ketiga hubungan ni hancur, tak malu ke aku?
itu sebenarnya yang Rose taknak korang alami dear kawan2

Bila kita bercinta ni,kalau dah beria-ria,orang akan kata, ohhh hubungan ni kekal lama..
but segelintir lagi akan kata, bahagia tu sampai bila?
Sampai bila kita nak beria-ria macam dia tu jodoh kita sejak azali lagi..
Sampai bila??
Fikir kawan-kawan..
Allah telah menetapkan setiap insan itu berpasangan, cuma insan tu taktahu siapa pasangan dia kelak.

entry Rose kalini mungkin boring..
atau ada unsur mengumpat..
Rose minta maaf ye kalau ada..
Rose cuma tak selesa dengan sikap segelintir masyarakat kita..
itu saje..
Bye Korang :)



NASI MINYAK

Assalamualaikum kome..
tadi rose pergi kat shoutbox satu blog ni, maaf kepada empunya blog sebab rose tertekan go banyak kali..
So macam terspam kat situ,
line tak berapa nak okay..


Eehem! (betulkan  position)
actually Rose nak cakap pasal satu benda ni..
NASI MINYAK
Yes! nasi minyak!..

Sebenarnya Rose dah lama kempunan nak makan nasi minyak.
Nak pergi kenduri kat ipoh ni kita bukannya ada kenalan yang nak kawin
atau keluarga dia nak kawin pon kan..
hmmmm..
So sampai sekarang Rose terliur nak makan NASI MINYAK!

hmmm..
bila balik kampung pon bukannya Rose nak keluar rumah..
lagipun, masa rose balik kampung tu pon macam salah masa je kan..
time orang takde buat kenduri baru Rose free nak balik kampung.
mungkin Rose kena belajar buat nasi minyak.
ye Rose kena belajar buat nasi minyak..

So. Harini lepas masak..
Rose amik turn duduk depan computer ni,
untuk meng-usya resipi2 untuk membuat nasi minyak..
-semangat ini berkobar-kobar okay-

-ehmm dap nye!!! :'(-

so.. cari punya cari.. 
Rose dapat la satu resepi yang simple ni..
Resepinya berbunyi begini..

NASI MINYAK

. BAHAN-BAHAN :
* 4 cawan beras basmathi
* 6 cawan air (ikut jenis beras)
* 1-2 biji bawang besar (dihiris)
* 2" halia (dihiris)
* 3-4 biji bawang putih (dihiris/tumbuk)
* 1 cawan susu cair
* sedikit minyak sapi untuk menumis
* sedikit garam
* sedikit rempah tumis
* sedikit pewarna kuning
* 2 helai daun pandan
* sedikit kismis dan gajus sebagai hiasan

. CARA-CARA :
* mula-mula didihkan air. Sambil tu basuh beras dan toskan.
* dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih
dan halia sampai naik bau
* masukkan bahan yang ditumis (dengan minyak sekali) kedalam air yang dididih.
Kemudian masukkan beras, garam dan daun pandan.
* Bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.
biar sampai masak.
* Bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning sedikit demi sedikit,
kemudian gaulkan perlahan-lahan.
* Masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan.

PHEWWWW!!
ni la bentuk resepi nya.. mungkin simple..
tapi Rose akan cuba jugak buat sendiri nanti..
baik untuk Rose, untuk keluarga, dan jugak untuk bakal suami Rose nanto.
-i pikir jauh okay..-

Actually nasi minyak ni ada banyak jenis kan?
antara yang Rose pernah dengar..
1) nasi minyak biasa
2) nasi minyak hujan panas
3) nasi minyak planta berkismis
eh! macam-macamlahh..

Ironinya, nasi minyak ni sinonim dengan majlis walimatulurus..
juga sinonim digunakan sebagai pertayaan yang sebegini :
"eh, bila pulak nak merasa nasi minyak kau ni joyah?"
juga sinonim digunakan sebagai perlian yang sebegini :
"amboi kakchik, anak dah besar, taklama lagi merasa nasi minyak lah ye kita"
okayy.. okayy.. banyak kegunaan nasi minyak ni selain untuk dimakan..

so.. sampai disini sajalah Rose membebel untuk entry ni..
hewhew..
see ya later guys! 
:) 

DENDAM


Amboi entry dia.. "dendam" gitu nyahhhh~~

Okay.. Actually Rose buat entry ni sebab semalam masa tengah sembang dengan cousin Rose..
si Atiqoh ni bercerita lah tentang seorang perempuan..
Dimana aku describe kan dia sebagai seorang yang :

  • 'sukar untuk berfikir dengan baik'
  • 'mengalami kecelaruan minda'
  • 'disable of heart care' (ouch! what is this?)
oh! malas nak describe pasal dia sangat..
Actually i think dia ni BERDENDAM lah dengan my labeli cousin..
haihhh.. kesian cousin Rose tau..
kesian~ kesian~ kesian~ (ala2 upin-ipin gitu nyah!)

Okaylahh..
Sepertimana yang semua orang tahu..
Dendam tu tak baik tak baik tak baik kan untuk hati kita..
fikiran kita..
jiwa kita..
kehidupan seharian kita..
hmmm.. Tapi still ada yang nak berdendam kan kan kan~

Apa itu DENDAM?
Dendam merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah.
Seringkali dipendam oleh seseorang individu secara rahsia.
Dendam juga boleh lahir daripada hasad dengki dan ketidakpuasan hati.
DALAM AGAMA ISLAM
DENDAM ITU DOSA! 

Mengapa Harus Berdendam?

Sebagai contoh:
katakanlah seorang guru besar menyuruh seorang ketua murid merotan 
seorang pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
apa perasaan murid tersebut?
tercabarkah dia?
Kalau dia seorang yang CEPAT INSAF dan TAHU DIRI,
dia akan segera berfikir balik mengenai kesalahan yang telah dilakukannya,
dan mungkin dia berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
mungkin?
Bagi yang tidak mahu berfikir, dia tidak akan mengaku kesalahannya,
malah lebih teruk akan turut BERDENDAM terhadap dua insan tersebut.
PERSOALANNYA.
mengapa harus berdendam?
Ketua murid hanya menjalankan tugas,
Guru besar pula menjalankan keadilan,
yang bersalah tidak dihukum? belum tentu ada jaminan yang si pesalah
tidak mengakui kesilapannya.
Kalau begitu murid yang salah layak dihukum.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Bahayanya Sifat Dendam :

1) Dibenci Allah S.W.T
2) Merosakkan kesihatan tubuh dan fikiran
3) Musuh akan bertambah banyak
4) Sentiasa merasa kegelisahan didalam diri
5) Hilangnya kepercayaan dari orang sekeliling

Menghindari sifat Dendam :

1) Selalu ingat Allah S.W.T
2) Suka memaafkan
3) Saling menghormati
4) Bersihkan hati dan jiwa
5) Istighfar itu yang penting ye. :)

Okaylahh..
Setakat tu je kot Rose dapat berkongsi mengenai dendam..
Panjang2 sangat nanti orang taknak baca.. HEHE :D
Rose cuma nak kata, Dendam tu betul2 akan merosakkan diri kita sendiri..
Ramai dah Rose tengok dan Rose sendiri pernah alami..
Syukur lah sekarang Rose dah tak berdendam macam dulu..
so... korang..

JAUHI DENDAM, BERSIHKAN HATI.








6.30A.M. ke 8.00A.M. dan Passport Express

HMMMM
HMMMMMMMM
HMMMMMMMMMMMM
HMMMMMMMMMMMMMMMM

whatever it is..
Rose dah rasa Rose kerugian 'one night of beauty sleep'
Yelahh...
member kata nak pergi kerja on 6.30A.M.
Macam kat entry sebelum ni Rose kata..
ROSE TAK TIDUR FOR THE WHOLE NIGHT
and suddenly on 6.32A.M.
 i got a simple message from my friend..
she said : "ayah aku takjadi kerja pagi, so harini pergi pukul 8"
wait?
Pukul 8??????

Nahhhhhh..
satu kerugian disitu ye..
Rose bukan marahkan kawan Rose, tapi Rose cuma rasa rugi taktidur..
Kalau tak mesti dah mimpikan Beckham!!

(ohh handsomenya!)

hmmm.. Rugi satu mimpi...
and now.. Rose rasa pening kepala and macam nak muntah..
salah Rose jugakkan sebab tak tidur..
hmmmm..
SESAL!!



Yaaaa yaaa..
not worth anymore..
So sementara nak tunggu pergi kerja ni.
Rose tengok dulu short film kat Youtube..
yang bertajuk....
PASSPORT EXPRESS.
u'ols boleh tengok dekat sini : passport express 

Okayyy..
cerita ni about seorang jejaka bernama Ali yang bercita-cita untuk membikin sebuah filem..
Tapi dia rasa tertekan dan tak bersemangat dengan benda-benda yang menghalang
dia menggapai impian dia....
So, dia decide untuk balik ke kampung dia iaitu PERLIS..
dalam perjalanan dia dalam keretapi tu..
dia berjumpa dengan Umar Ghazi yang suka kumpul benda2 lama..
tapi si Umar Ghazi ni tertinggal passport dia..
haaa.. nak tahu apa yang jadi seterusnya! klik lah tu atas tadi tu..
HEHE!

Passport Express is such an amazing short film
sangat tak rugi kalau tengok..
and more worth than film film yang duration dia panjang but endingnya HAMPEH..
So happy watching

and..
apa kena mengena 6.30A.M. ke 8.30A.M. dengan Passport Express.?
kalau baca dengan teliti tadi Rose rasa korang tahu apa kaitannya..
kalau malas nak scroll balik..
sini Rose bagitahu..

While i'm waiting for 8.00A.M.
i'm watching this awesome short film..
so dah boleh tahukan apa kaitan?
hehe..
okaylahh..
Bye Korang..






Pergi kerja pukul 6.30a.m.

huarghhhhh!!
mengantuknya mata ni..
tapi.. takboleh nak tidur..
Sebabnya Rose nak kena pergi kerja pukul 6.30a.m.

6.30 A.M. TAHU !!

Selalunya Rose pergi kerja pukul 7.30a.m. ..
Tapi disebabkan esok ada hal yang takdapat  nak dielakkan..
iaitu masalah transport, so terpaksa lah Rose taktidur..
and mangsa kepada kekejaman ini ialah sepupu Rose sendiri : Atiqoh nii..
Hewhew.. Rasakan..

(sebagai gambaran kitorang sekarang macammana ye)

hmmm hmm.. Jam pun dah menunjukkan pukul 5.27a.m.
Rose takde lah mengantuk sangat..
tapi sat lagi kat office mulalah tersengguk-sengguk (betul ke Rose eja?)
nak tidur sekejap je boleh tak?
sekejap je..
Mesti ada yang kata Rose ni gila tak tidur..
tapi better tak tidur dari terlajak tidur.. haaaa
okaylah.. 
nak bersiap pergi kerja..
so.. bye korang (eh macam ramai pulak followers aku ni)
have a nice saturday..

Bye and Peace

BERJINAK

meoowwww..

wahhh.. kemain manja..

yelahh, kita baru nak berjinak dalam dunia blogging ni..

terjebak untuk berjinak pon disebabkan ada sepupu yang sorang niii

i just want to say hi. and hi. and hi. and hi.

(hi dia agak mengerikan)

hehe.. saya budak baru, kalau ada kekurangan tolong tunjuk ajarkan..
lagipon blog ni belum siap sepenuhnya..
under construction by my cousin miszekajellow tuu
:)
So.. meet ya later :)