DENDAM


Amboi entry dia.. "dendam" gitu nyahhhh~~

Okay.. Actually Rose buat entry ni sebab semalam masa tengah sembang dengan cousin Rose..
si Atiqoh ni bercerita lah tentang seorang perempuan..
Dimana aku describe kan dia sebagai seorang yang :

  • 'sukar untuk berfikir dengan baik'
  • 'mengalami kecelaruan minda'
  • 'disable of heart care' (ouch! what is this?)
oh! malas nak describe pasal dia sangat..
Actually i think dia ni BERDENDAM lah dengan my labeli cousin..
haihhh.. kesian cousin Rose tau..
kesian~ kesian~ kesian~ (ala2 upin-ipin gitu nyah!)

Okaylahh..
Sepertimana yang semua orang tahu..
Dendam tu tak baik tak baik tak baik kan untuk hati kita..
fikiran kita..
jiwa kita..
kehidupan seharian kita..
hmmm.. Tapi still ada yang nak berdendam kan kan kan~

Apa itu DENDAM?
Dendam merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah.
Seringkali dipendam oleh seseorang individu secara rahsia.
Dendam juga boleh lahir daripada hasad dengki dan ketidakpuasan hati.
DALAM AGAMA ISLAM
DENDAM ITU DOSA! 

Mengapa Harus Berdendam?

Sebagai contoh:
katakanlah seorang guru besar menyuruh seorang ketua murid merotan 
seorang pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
apa perasaan murid tersebut?
tercabarkah dia?
Kalau dia seorang yang CEPAT INSAF dan TAHU DIRI,
dia akan segera berfikir balik mengenai kesalahan yang telah dilakukannya,
dan mungkin dia berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
mungkin?
Bagi yang tidak mahu berfikir, dia tidak akan mengaku kesalahannya,
malah lebih teruk akan turut BERDENDAM terhadap dua insan tersebut.
PERSOALANNYA.
mengapa harus berdendam?
Ketua murid hanya menjalankan tugas,
Guru besar pula menjalankan keadilan,
yang bersalah tidak dihukum? belum tentu ada jaminan yang si pesalah
tidak mengakui kesilapannya.
Kalau begitu murid yang salah layak dihukum.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Bahayanya Sifat Dendam :

1) Dibenci Allah S.W.T
2) Merosakkan kesihatan tubuh dan fikiran
3) Musuh akan bertambah banyak
4) Sentiasa merasa kegelisahan didalam diri
5) Hilangnya kepercayaan dari orang sekeliling

Menghindari sifat Dendam :

1) Selalu ingat Allah S.W.T
2) Suka memaafkan
3) Saling menghormati
4) Bersihkan hati dan jiwa
5) Istighfar itu yang penting ye. :)

Okaylahh..
Setakat tu je kot Rose dapat berkongsi mengenai dendam..
Panjang2 sangat nanti orang taknak baca.. HEHE :D
Rose cuma nak kata, Dendam tu betul2 akan merosakkan diri kita sendiri..
Ramai dah Rose tengok dan Rose sendiri pernah alami..
Syukur lah sekarang Rose dah tak berdendam macam dulu..
so... korang..

JAUHI DENDAM, BERSIHKAN HATI.








2 comments :