MIGRAIN

ASSALAMUALAIKUM.

 korang buat apa petang-petang macamni?
dah balik kerja?
Rose balik lambat harini..
hmmm..
BALIK LAMBAT OKAY..

MIGRAIN..
HMMM
MIGRAIN..
HMMM

dah ape kena dengan Rose ni..
Actually, Rose tengah migrain teruk ni..
Rasa macam nak kedalam dah mata Rose..
sebab dari pagi start pukul 9 sampai pukul 5petang ni..
kerja Rose menghadap komputer.. key-in transaction..
audit segala bagai.. 
hmmm.. so hasil daripada tu..
Terjadilah satu fenomena yang dah lama Rose takkena teruk macamni iaitu MIGRAIN...

hmmmm...
Namun Rose disini bukanlah nak mengadu domba..
Rose cuma pelik since when Rose kena migrain ni?
hmm.. dari membebel kan.. better kita kongsi fakta pasal migrain okayy.. 
berguna sikit..

MIGRAIN

-eee gambor dieee-

Apakah MIGRAIN?
- MIGRAIN ialah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah 
             yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian sarafyang melilit arteri besar otak.
   Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. 
   Pembesaran arteri memnyebabkan penambahan kepada kesakitan itu.

   Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem saraf simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah
   sebahagian daripada sistem saraf yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan.
   Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik akan menyebabkan loya, muntah, cirit-birit,
   dan sebagainya.

Apakah petanda MIGRAIN?
- MIGRAIN digambarkan dengan denyut sengit yang berkumpul disatu bahagian, biasanya di dahi,
  sekitar mata, atau bahagian belakang kepala.
- Biasanya satu sisi kepala walaupun ada kalanya kedua-dua sisi kepala diserang migrain.
- Sakit pada satu sisi kepala biasanya menukar sisi serangan, jika kerap berlaku ditempat yang sama,
  anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor untuk pertimbangkan sakit lain
  seperti tumor otak.
- Petanda biasa seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, muka pucat, tangan sejuk, kaki sejuk, 
  dan penambahan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.
- Sakit mungkin akan  berlaku antar 4 hingga 72 jam.. (cuba bayangkan Rose harung selama tu)
-PETANDA AMARAN termasuk mengantuk, cepat marah, keletihan, kemurungan, keinginan benda
 manis atau masin. (amboii macam orang pregnant)

Jenis-jenis MIGRAIN :
1. Exertoin Migrain - sering menyerang ketika seseorang aktif melakukan aktiviti
2. Retinal Migrain - menyebabkan penderitanya untuk sementara kehilangan penglihatan.
                              hilangnya penglihatan boleh terjadi sebelum ianya menyerang.
3. Hemiplegic MIgrain - memiliki gejala yang agak menakutkan. Seseorang yang menderita hemiplegic 
                                     migrain akan mengalami kelumpuhan sementara di sisi tubuh.
Dan lain-lain.

Apa yang perlu dilakukan oleh penghidap MIGRAIN :
a. Tidur yang mencukupi
b. Bersenam
c. Makan sekerap yang boleh
d. Kurangkan tekanan.

FUHHHH!!
Selesai sudah Rose berceloteh pasal migrain..
Agak nerd disitu ye..
Apa-apa pon korang yang takde migrain sila jangan gatal2 nak merasa ada migrain..
sangat menyiksakan okay..
sangat sakit..
hmmm..
okaylahh.. Bye korang.. :) 


8 comments :

  1. jaga diri k...jaga ksihatan baik2..^^

    ReplyDelete
  2. Migrain memang menyakitkan. Fatin kena sekali pun dah tak tahan. Kak Ros kena jaga kesihatan baik2. Jangan stress sangat kk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay Fathin, Kak Rose jaga kesihatan.. Fathin pon sama jaga kesihatan tu.. HEHE.. dah kena sekali nanti dia serang lagi, kalau pandai jaga pemakanan semua, takdelah dia datang serang balik.. Kak Rose ni sebab degil caffeine semua nak minum.. Ini jadinya.. HEHE :D thanks for you concern :) <3

      Delete
  3. Sy pon selalu kena migrain. sy phm keje kat audit firm memang cmtu, senasib le kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Nur, pening kepala kerja kat audit firm ni.. haihhh :(

      Delete